Friday, May 11, 2007

:: Friday Again ::

First morning my working day. Aku masuk 0900 hrs ari ni, sepatutnya aku gate in 0715 hrs.. hehehehehe.. malas nak bangun dan betapa malasnye aku pagi ni. Ntahla naper bengang sangat kepala pagi ni, kat mana silapnyer pulak aku tak tahu. Sampai skang belum breakfast lagi. Cuma sumbat dadih perasa bandung ngan tea panas jerk. Paper lom baca, semuanya belum. Rasa macam tak ready jer.. apa yang kusut sebenarnya...

Dah jumpa...! Semalam aku bukak organizer tu. Buat calculation sket.. Patutlaa serabut sangat pagi ni.. Bajet yg aku kira semalam tak balance. Overbudget rupenyer. Naper lom sempat tengah bulan aku dah kaput... Mana silapnya. Memang takde yang silap kira2 tu. Cuma aku jer yg belanja tak hengat donia. Ini berkait rapat ngan rumah baru ni. Aku cuma bgitau kat sorang ni jer yang aku dah pindah rumah.

Skang aku dah duduk sengsorang. Aku dah tak bosan dah. Aku dah tak payah nak pikir2 lagi pasal masalah housemate. Tak payah nak pikir2 pasal share sana share sini. Zaman bujang yg ntah apa2 tu aku dah buang jauh2. Takmo pikir dah pasal manusia yang tak cukup masak. Orang belah sini cakap "ubi dok puk". Skang dah free, dah boleh cakap sengssorang kat hall, kat kitchen.. kat mana2 lam umah. Takde sapa nak sakat...

Pernah kawan ni tanya, "Ko tak boring ker dok sengsorang..?" Aku jawab "Lebih baik boring sengsorang daripada boring kat orang". Sakit kepala pikir pasal ni. Pasal budget bulan ni pun hancus. Terpaksa jugak berbelanja, nanti umah kosong, member2 datang takkan nak duk atas lantai. Takkan dorang nak tengok cicak berasmara kat dinding jer.. Takkan telan airliur jer. Mesti nak ada something kan. Banyak kene beli. Total cost close to 15k.. aku nak makan ape lepas ni.. mak.. anak mak pokai bulan ni.. hehehe..

3 hari leas aku gi kedai perabot kat Dungun, sambil cari minyak masak. Huhuhhu kat sini kergesangan minyak masak. Abis semua market aku singgah.. semuanya takder. Masuk kedai perabot and looking for sofa and Getha bedset. 15 inch mattress.. wow bestnyer.. but unfortunately for sofa dorang takder stock design yg aku pilih.

Aku : Bacha...I pick up this one..!
Bacha : Ok, no problem..
Aku : I want it by today.. can or not..?
Bacha : Sorry la boss, stock mau angkut itu kilang. Lusa itu mcm baru sampai. Next day baru boleh kasi angkut hantar itu rumah. Amacam..?
Aku : Huh.. takmo, saya mahu ini hari jugak..
Bacha : Aloo boss, kita sini takda stock.. Kita x simpan sini sebab nanti itu barang. Itu barang ada sana kilang. Mau angkat dulu kasi orang..
Aku : Kalau barang ade angkat jer la.. I pay cash.. no more talk... I boleh tunggu sampai malam ni, kalau next day, U tunggu lain customer.. (then aku dah nak blah)
Bacha : Boss wait.. nanti saya check dgn boss dulu.. amacam..?
Aku : What ever.. U say YES.. then we proceed.. U say NO then no business..

Aku tunggu kat parking, tiba2 boss dia cina bukit datang kat aku. Dia cakap takleh hantar jugak ari ni. Paling cepat pun esok tu pun xleh janji takut lori tak available. Aku dah mula naik gatal2 badan dah..

Aku : U tau kan kat sini ade 3 lagi kedai perabot yg jual barang sama kan..?
Cina Bukit : Ya tau.. kenape..?
Aku : Kalau dorang boleh buat.. U rugi.. Takper laa U tunggu customer lain laa.. penat la layan cara U meniaga..

Then aku balik dgn kempunan.. sebab tempat lain takde yg sama design mcm aku nak tu. Lastly, Kuantan gak aku gi cari ngan AC. Mencik taw...!!

Petang semalam rasa nak makan budu. Masak nasik, lauk beli kat luar then beli budu sebotol cap ketereh, my peberet.. hehehe.. Tu dia.. satu umah bau.. chaits.. sampai malam tak ilang2 lagi bau dia.. Camner nak buat ni.. huhuhuhuuh..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home