Wednesday, April 25, 2007

:: Persahabatan Corner Lot ::

Erti "PERSAHABATAN". Tak payah la terjemah, buat penat je menaip ayat-ayat berbunga-bunga tetapi masih lagi kosong ruang legarnya. Seperti yg dijanjikan dalam entry sebelumnya dan inilah muqadimahnya seterusnya huraian serta persoalan yg berkaitan.

Lumrah orang kebanyakan kalau memilih rumah untuk dibeli harus mereka membandingkan harga antara rumah teres di tengah-tengah dan yang paling hujung atau dengan kata lain "CORNER LOT". Bukan untuk membuang duit dalam mencari ruang keselesaan berkeluarga tetapi mencari gah dan hormat sekeliling itu lebih penting kita harus menerima pandangan tinggi dari yang lain. Bukan isu rumah teres yg di hujung harus dititik beratkan tetapi perkataan gelaran itu adalah terasnya. Mari kita lihat pengertian dan penggunaan perkataan tersebut untuk dikaitkan dlm industri persahabatan ini.

Corner Lot, merupakan satu lokasi yg pilihan ramai disamping keluasan tanah yg agak lebar dan ruang tidak hairanlah ianya satu nilai yg berharga. Begitu juga dgn nilai persahabatan yg boleh dikaitkan. Kawan atau sahabat yg berorientasikan cornet lot ini boleh diertikan sebagai sahabat baik, menjadi tumpuan rakan-rakan lain datang menumpang. Mendengar jenaka dan seloka, berceloteh melawak suara. Biar sumbang namun keutuhan sebagai kawan tetap ada. Biasanya tumpuan diberikan kerana memiliki kelebihan itu. Luas dalam persabatan serta bilangan taklukannya. Melihat dari sudut keberkesanan dalam menyampai dakyah dan ilmu, kawasan ini jugalah tempat mengadu, mencurah rancangan aktiviti, tapak pertukaran pendapat. Tidak kurang juga 'mat burger' yg mencari peluang perniagaan mereka sendiri. Dan kawan seperti ini merupakan tempat kegemaran dan popular bagi rakan-rakan lain mendekati. Semua rakan yg ada datang memberi luah, menghasut domba, tak kurang juga dlm penyampian panglipur lara hikayat ceritera manusia sarwajagat. Dusta atau sahih, coner lot masih bersedia menerima sumbangan idea dan cerita.

Dimana-mana rakan menyanjung serta meletakkan corner lot ini sebagai ketua dlm semua hal penilaian hidup mereka. Susah untuk mereka melepaskan kejadian ini sehinggalah timbulnya pergolakan ketua masyarakat tanpa disedari. Aura dibangkitkan secara tidak langsung dan terbentuklah satu majmuk yg bermukim di situ. Agak susah untuk diterangkan secara ilmiah keadaan ini kerana akar dan umbinya hanya disedari apabila sudah berbunga. Dan seperti yg telah diuarka-uarkan sebelum ini, kepenggunaan perkataan "MATANG" harus ditekankan. Ini kerana kita tidak membincangkan hal-hal remeh atau kocoknya pemikiran. Ini adalah pemikiran ilmiah, bukan berbicara fasal dunia perang atau baju apa yg Datuk Siti Nurhaliza pakai, bukan fasal Mila dapat lagu apa minggu ini atau pukul berapa Najib Tun Razak makan masi, harus ada kematangan yg menyokong pendapat. Pesanlah kepada "CHILDISH" or "CHILDLIKE" ini, berfikirlah, renungkanlah. Dan jikalau tidak mampu harus dipanjatkan doa agar ditukarkan dari manusia yg mempunyai otak kepada seekor lembu yg hanya meminum air bukan susu.

Baiklah, kali ini mari kita uji tahap pemikiran kita sekali lagi. Cukup senang dan bersahaja. Ingat, kegopohan anda membawa kepada satu sifat yg tidak jujur. So, this is the question, as usual ur first answer imagined is the correct one.

If a red house is made from red bricks and
a blue house is made from blue bricks and
a pink house is made from pink bricks and
a black house is made from black bricks,
what is a greenhouse made from?

Dalam menentukan prospek ilmiah tentang sahabat atau rakan, atau kawan dan yg sewaktu dengannya, undang-undang tidak formal yg meletakkan akta "hormat" itulah yg memanjangkan usia persahabatan itu serta indahnya isi-isi yg ada di dalamnya dan sekaligus istilah tidak ilmiah "CORNER LOT" dgn sendirinya akan terbatal. Huraian menghormati sahabat ada ditekankan dlm perbincangan Dr. Burk E. Hillary dalam bukunya "Children and Horizon" keluaran 1985 jilid pertama. Beliau menggariskan beberapa panduan dalam memahami kehendak juga keperluan seorang sahabat. Sebagai huraian, keengganan kita mempersetujui tindakan "mate" kita bukanlah satu permulaan keretakan sesuatu hubungan, tetapi harus ada jalan untuk kita menghormati keputusannya.

So, the answer for the question above is GLASS. The Greenhouses are made form glass. If you said "green bricks," what the devil are you still doing here reading this article.??

Oh ya, pesanan En. Wells untuk JM dayangnya. Sabarlah mengharungi dugaan dan cabaran. Jiwa dan mental serta jasad seorang lelaki tidak terletak pada fizikalnya, tetapi harus ada daya dalam dirinya untuk menghormati seorang yg bergelar wanita. Jikalau sebaliknya mereka itu hanya layak menjadi setitis air mani yg tidak dapat disenyawakan. Jatuh ke tanah, ayam tak patuk itik pun tak sudu.

Masih ingat lagi satu kisah yg dibawakan kepada generasi baru tentang persahabatan, kasih sayang antara insan dan makhluk ciptaan. Kisah yg berlaku pada Perang Dunia ke 2. Watak utamanya ialah Sarjan Durcan yg dalam perjalanan mencari jalan pulang setelah diserang hendap oleh tentera Nazi di gurun Sahara. Teman berbicara serta yg membantu Sarjan Durcan dalam peperangan tersebut adalah "Lulubelle". Lulubelle begitu setia sebagai seorang kawan. Sanggup menjadi dirinya sebagai perisai untuk Sarjan Durcan, korbankan diri dalam terik kepanasan, berjuang berlebihan tenaga selagi mampu agar Sarjan Durcan terus mara mencari jalan pulang sekaligus menang dlm pertempuran. Sehingga Sarjan Durcan jatuh cinta kepadanya, tidak dapat dibayangkan akan rasa cinta dan sayang Sarjan Durcan kepada kawannya itu. Dan dia pernah bersumpah, andainya Lulubelle tumbang di gurun ini, dia juga harus mati bersamanya. Adakah kita mampu menjadi sahabat seperti Lulubelle dan Sarjan Durcan? Malangnya mereka tidak dapat berkahwin dan berkeluarga kerana Lulubelle hanyalah sekadar sebuah Kereta Kebal. So, sehingga ketemu lagi di lain bicara. Bertitik tolak dari mesej En. Wells untuk dayangnya itu maka saya rasa topik seterusnya marilah kita memahami apakah pengisian yang bergelar lelaki atas tiket "Small Equipment".

Encik Wells juga pernah berpesan kepada saya. "Kamu boleh memaafkan musuhmu tetapi kamu jangan sekali-kali lupa akan namanya." Saya masih tidak mengerti akan maksudnya. Entahlah En. Wells...

Friday, April 20, 2007

:: Jangan Pandang Belakang ::

I'm sorry you guys. I don't mean to hurt you with the picture hujung tu. Wells yg arahkan berbuat demikian. Katanya orang yg betul-betul kenal dengannya dan bersahabat dengannya tanpa membawa kepada muslihat disebalik persahabatan serta tiada kepentingan tersirat selain hanya ingin berhibur serta berkawan, tidak akan terasa dgn gambaran tersebut. Untuk JM, jgn sedih yer, Wells tak bermaksud demikian. JIKALAU, ada yg masuk ke blog ini dengan sengaja atau tidak sengaja atau bersahaja mencari bukti atau dgn tujuan munafik atau dgn terangan mencari idea untuk mencarut di dalam hati, maka org itulah yg akan terasa bahawa Wells kirim salam muhibah kepada mereka dgn ucapan sambutan lagi mulia dan agong, "FUCK YOU".

Terasa sedikit "shock" di situ. Dan hari ini sudah dapat dilihat akan perubahan yg berlaku. Susah untuk diertikan perkataan "MATANG" itu. Haruskan diludah ke kuburnya apabila kematiannya nanti? Atau kencing sahaja pada batu nesannya. Tak perlu risau, sudah diterangkan di atas. Dan kaitan dgn apa yg disebutkan adalah hal PERSAHABATAN yg akan datang 'entry' nya nanti.

So, seperti tajuk di atas maka dihadiahkan tatapan yg berkaitan dengannya adalah seperti di bawah. Selamat bekerja semua.

Jangan Pandang Belakang

Thursday, April 19, 2007

:: Pembunuh Upahan ::

Now, this week lets talk about something which is far out of what people do. Something that yang orang kurang berbicara. Aku labelkan kategori 12PL, sebab umur doblas taun tu dah mampu berfikir matang dan dah akil baligh dah untuk mengenal apa itu ganas, politik, perasaan, mencarut, even perkatan bunuh sekalipun. Konteks yg harus ditekankan ialah pemahaman budak doblas taun mengenali dunia pembunuhan yg dilakukan oleh orang dewasa. Dan haraplah jugak umur di tahap ini sudah mampu mengenali apa itu psikologi. Takmo cakap pasal Education Physicology or Politic or Human or Film or what ever..! Cuma perkatan PSIKOLOGI itu sahaja.

Dalam huraian yg selanjutnya kita nak kupas erti tajuk seperti di atas. PERINGATAN.. Kita akan menghadapi sesuatu yg akan mengguris sedikit pemikiran kita. Dan di situ kita dapat lihat tahap kematangan kita berfikir. Berfikir seperti orang dewasa atau budak-budak. Now.. See the title above. "PEMBUNUH UPAHAN" atau dalam Bahasa Inggeris nya ialah ASSASSIN atau mungkin someone would like to call "PART TIME KILLER" or maybe "BULL SHIT". What ever..! Sekali lagi nak ditekankan di sini, perlu ada kematangan dalam memahami perkataan tersebut. Konteks FAHAM, bukan hanya menggambarkan apa itu pembunuh upahan. Dan dinasihatkan kepada yang tidak mampu nak faham pergilah melancap dahulu then come back again. We'll see what happen.

Kita test dahulu tahap pemikiran pembaca kita. Jawab soalan yg diberi then jawab sendiri. Tak perlu ragu-ragu. See what happen..

Sebutkan perkataan "MILK" lima kali. Then eja perkataan "SILK"..
Now the question is "What do cows drink..?"

Jawapan anda adalah perkataan yg pertama keluar dari otak anda. Jgn confuse nak tukar-tukar jawapan lain. Nanti kita tengok tahap kematangan kita berfikir. Dan sekaligus meletakkan kita di aras mana. Budak-budak? Orang dewasa? Atau memang kita ni dah diundang ke kubur.

Seorang pembunuh upahan telah mengambil upah membunuh seseorang dimana pengupahnya telah mengenakan bayaran yang tinggi. Tiada rate yg tetap katanya. Bergantung kepada betapa susahnya untuk menangkap mangsa. Pendahuluan sebanyak RM20K adalah kewajipan. Dan tempoh yg diperlukan juga bergantung. Pada kebiasaan dia memerlukan 1 atau 2 bulan. Dalam masa yang sama juga pembunuh upahan ini hanya menyiasat pengupahnya dahulu bukan mangsa. Ini adalah kerana untuk memastikan bahawa dia tidak tertipu. Maklumat yg diperlukan untuk mengenali mangsa hanyalah sekeping gambar dan lokasi, itu sahaja. Pembunuh ini tidak akan mungkin mengenali latar belakang mangsa even apakah hubungan mangsa dgn pengupah. Anda sendiri boleh fikir apakah reason yg sesuai untuk mengukuhkan lagi pendapat di atas.

Penyamaran adalah tektik yg terbaik untuk menjalankan operasi tersebut. Bagaimana? itu adalah rahsia yg harus dibayar untuk diketahui. Susah bukan? Tetapi katanya, setiap kelakuan biar ada ceritanya. Pandai makan kenalah pandai membasuhnya. Setiap perbuatan awal kita harus menghapuskan jejak asasnya cuma tinggalkan cerita-cerita dongeng yg memerlukan orang yg tidak matang memikirkannya. Orang yang "childish" akan terus berkhayal dgn cerita-cerita dongeng yg ditinggalkan pembunuh itu. Bagaimana untuk menghapuskan bukti? Kita harus jujur katanya. Setiap yg berlaku mesti bersebab. Tidak mungkin org minum air tidak kerana dahaga. Ini adalah bukti terang-terangan yg boleh membawa kita kepada kemusnahan. Jadi, makanlah apabila lapar dan minum apabila dahaga. Bagaimana dengan rokok? Apakah sebabnya pula kita perlu merokok? Jawabnya, tinggalkan perbuatan yang meninggalkan curiga. Kalau rasa merokok itu meninggalkan persoalan dan memerangkap kita, harus ada jalan lain untuk kita reka dan bertemulah jalan kepada kita bebas.

Now, balik semula kepada jawapan kepada soalan tadi. Cows drink water. If you said "milk," please do not attempt the next entry. Your brain is obviously over stressed and may even overheat. It may be that you need to content yourself with reading something more appropriate such as "Children's World."

If you said, "water" then proceed to the next entry yg akan datang bila-bila masa. Dan tajuknya adalah "PERSAHABATAN CORNER LOT". Maybe next week or next month.

Saya pernah bertanya pada Wells, "Apakah yg harus dilakukan apabila ternampak orang buta?" jawabnya, "Curi tongkatnya..!" Dan saya bertanya lagi kenapa harus merampas tongkatnya dan inilah jawapan beliau, "Gantikan tongkatnya itu dengan diri kamu, jikalau kamu tidak mampu kamu juga adalah golongan yg buta." Kami sama-sama gelak. See you next week. Bye.

Wednesday, April 18, 2007

:: Bukan x Ingat ::

Pgi tadi aku masuk kejap kat blog. Rasanya malu lak tempek yg ngarut2 tu pasal dulu2 nyer citer. Aku dah delete. Aku wat tu masa petang semalam. On the way nak balik umah. X tahu ape nak buat. Ntah la, sejak dua menjak ni aku asyik duk teringat member2 lama kat kg. Ingat kat atuk ngan nenek. Sihat ke dorang. Nak call aih.. segan la plak. Ntah laa.. kadang2 2, 3 asyik duk terbayang2 jerk. X sedih pun cuma rasa nak balik ke zaman tu jerk.

Badan x berapa sihat ari ni. Lupa bawak ubat pagi tadi. Bukan lupa actually memang x pernah bawak pun gi keje. Ada antibiotik dan ubat tahan sakit. Ubat ni supply untuk seminggu lagi,after that aku kene tukar itupun bergantung pada my body gak. Rasanya tak perlu laa kot. Thanks to Glaxo Smith Kline.. hehehe. Tapi ari ni aku rasa lain mcm. Sakit pinggang datang agi, but takla teruk sangat. Cuma kalau gerak banyak2 tu terasa laa jugak.

Rasa cam tak tahan trus mintak ngan Juma, kot2 dia ada simpan pain killer ke hapa. Sib baik ader. Pas 5 minit aku telan.. tu dia.. memang kompem bukan pain killer. Ubat demam. Aku memang allergic ngan paracetamol. Aku tanya Juma, she even don't know.. aduss.. tekak aku dah mula gatal2 dan hidung meremuk2. Adus... tension. Sib baik aku amik sebijik jer. plan tadi nak ratah 2 3 biji..

skang tengah tahan sakit tekak ngan hidung. Aku tak tahu camner nak neutralizekan balik paracetamol lam darah aku ni. Kalau ade air kelapa muda leh gak jalan..! Huhuuh.. biasanya sejam dua baru abis sengsara ni.. huhuhuhuuh.. But sakit pinggang ni still bertapak lagi. Ntah camner nak buat. Sabor je laa.. nak MC karang problem plak. Go on jer la..

Dayang2.. ku di mana..?? JM... ROXY.. Ohhh my dayangssss... BESKUT..!! Sida diraja ku.. ke mari sayang.. tolong picit kepala beta..!!

Tuesday, April 17, 2007

:: Yang Sukar Difahami Episod 01 ::


cancel laa nak tulis..

:: Hati seorang wanita bernama SUE ::

Hari ni first day masuk keje. Pagi2 lagi dah memecut. As I told to somebody, on the way towards to Kijal, kat Meraga Beris tu kene hati2. Sebab banyak sangat makhluk yg tak diingini melintas tanpa segan dan silu. Dan ianya terjadi padaku pagi ni. Lam pukul 6.00 pagi, 2 ekor kerbau sedang melintas dengan jayenye. Seperti biasa, perkataan 'nasib baik' masih lagi bermakna.

Sampai airport kuantan kul 6.50 pagi. First morning flight pukul 7.45 pagi. Ari ni breakfast ngan nasik minyak. Fuhh.. ubat ngantuk lagi. Tengah2 dok check schedule kat opis, tiba2 nampak Sue tengah kutip sampah. Awal lak Sue masuk keje ari ni. Dia tanya mana pegi lama tak nampak. Aku cakap aku amik cuti panjang. Hehehehe.. aku tersengeh sorang2 bila tanya aku "nak air tak". Aku geleng kepala jer, sebab sarapan tadi masih berbaki. Bukan niat nak menyakiti Sue tapi memang dah tak bleh masuk. Sorry Sue ek..

Sue, actually dah kawen. Masih muda, umur masih lam 21 tahun. Dia kawin awal. Tapi bukan nak mengumpat cuma berkongsi pengalaman dan sempadan subjek penuaan erti kehidupan bagi aku. Dulu pernah sembang panjang ngan Sue kat pantry. Dia ada anak pompuan sorang, her husband dah tak keje dan tengah cari keje, sebab tulah Sue keje sini buat sementara waktu. So aku pu tanya, kalau Sue keje sapa yg jaga anak. Dia cakap hantar umah mak dia. Aku tanya lagi, abis tu hubby wat ape kat umah, dia cakap tanam anggur tak berbuah sampai sudah. Mmm.. kesian.

Sue, boleh dikategorikan orangnye lawa la jugak. Kulit putih, kurus sederhana tinggi. Cakap pun slow persis gadis kampung yg malu2.. Ecehhh... hehehhe.. Nak dijadikan cerita, masa aku tgh rest dalam kul 11 aku terserempak ngan Sue. Ari tu ari Sabtu. Kawasan pahang cuti tapi dia x cuti. Katanya bos dia suh datang setel barang2 dalam stor janitor baru sampai. Then time dia nak balik dia tanya aku sama ada aku free ke tak... Aku cakap aku tengah rest kejap agi baru naik kapal. Dia mintak aku hantar kat jalan besar. Aku tanya, mana hubby.. naper hubby tak mai amik. Dia cakap hubby suh balik ngan bas. So dia ikut jer la.. Huh.. aku dah menyirap giler.. Suami pebende lagu tuh..

Aku tengok jam, waktu yg ada masih boleh diuruskan. Aku terus bawak Sue naik kete then hantar dia ke jalan besar. Aku x cakap banyak cuma kadang2 aku mengeluh halus kat Sue mengenangkan perangai hubby dia. Aku pesan kat Sue supaya bincang ngan hubby dia, kalau jadik apa2 kat Sue sapa yg susah.

Masa on the way balik malam tu, aku masih dok pikir bende yg sama..? Tak sayang bini ker jantan neh..? Time nak bukan main handal berlakon wayang keling. belit sana sini.. Lastly bila dah dapat rasa apa yg patut wat dekkk jer..! Boleh dia lepas bini yg cantik lawa camtu jalan sorang2. Cari makan untuk kita plak tu..! Huhhh.. sedih.. aku. Bukan apa kesian kat Sue.. dia org pompuan, x belajar tinggi plak tu. Kalau aku x hantar dia tadi.. dia cakap sure dia jalan kaki sorang diri setengah batu. Kalaulah jadi bini aku.. ntahler...

Kesimpulannyer.....
Kenapa aku marah sangat..? Bukan bini aku pun.. Bukan awek aku pun.. Bukan sedara mara aku pun..!!! Adakah aku suka kat Sue..?? Toing... soalan cepu mas..!! Tak mungkin lah.. Sue ada suami, dah ada pun. Cuma satu jer yg aku suka kat Sue.. Aku suka tengok Sue... bak kata FARHA AF5.. "Mantap tu Jo...!!" Nauzubillah....

Friday, April 13, 2007

:: My Favourite Videos ::

Watch this first:(Don't forget to turn on your audio devices)
1) Safety Message 01
2) Safety Message 02

Then ready for this.. won't hurt you.. promise..!! heheheh
1) Watch Me 01
2) Watch Me 02

Wanna see the fantastic moment in the cockpit.. not what U think just, share the experiances
1) A340-300 Suvarnabhumi
2) A340-500 in Bangkok
3) Thai 340-500 Landing
4) A380-800 Brakes System Test
5) B737-400 MAS Take Off

Thursday, April 12, 2007

:: Dollah Canteq ::



I'm back.. just singgah sebentar sebelum balik umah. Tengah2 window shopping ngan Jeff sempat aku masuk kiosk net ni jap kat Megamall. So, aku curik masuk tenet. So sempat gak laa jenguk JM ngan Roxy my dayangs... Manda.. Beskut Canteq also my Minah.. huhuhh.. Thanks Minah.. you such a wonderful lady ever met.. temankan aku dikala ku memerlukan teman berbicara.. huhuhuhu.. gwang le plak.. anyway minah.. tak laa aku sunyi sangat kat sini..


So, aku kat sini x lama sekejap jer, sebab Jeff dah bising. Thanks laa Jeff sebab datang amik aku dan terpaksa tido atas sofa for two days. Nanti aku ajak ko bercuti kat Langkawi. Kita enjoy puas2.

For Roxy, don't worry aku ok jerk.. demam besa2 jerk. Doktor jer lebih2 kata aku sakit pelik2. And thanks for the white Lily.. I love it.. Aku dapat MC 2 minggu tapi rasanya nak amik seminggu.. nak masuk keje lak. Boring gak dok rumah lama2.. Before that nak gi bercuti dulu.. Release tension mane yg ader.. But a lot of thanks to Dato' Dr. Oii. I will send a greeting card for you soon. I know you are not the KSSB specialist but I use to get ur service again and your willingness to come for me from KMC is very highly appreciated even we have little bit glitches kick off. And to Dr. Abdul Aziz, ur co-operation would never kept me as a false alrm, I will continue to see you again. Thanks for the flowers and send my regards to your wife and your lovely daughter.

For JM, Wells baru berumur 18 taon taw.. mude remaja.. getah2 lagik.. Leh wat anak ikan pun.. tapi Ajipp lagi best wat anak ikan.. muahahahaa...

Boboi..!! Bes... Love U... Beskut Canteq...!!

Berdua lebih baik....

Wednesday, April 04, 2007

:: Awana Kijal Spa ::

aku ker ni..?? hehehhe

Sampai Awana Kijal smalam lam kul 8.30 malam.. So, aku dinner kat situ terus, jumper Sue, Pastri Chef paling best.. Aku makan cheesecake yg dia buat. Mcm biasa excellent.. heheheh.. Pastu booking room for massage kat SPA kaunter.. huhuuh.. melayang 210 untuk sejam.. ngejas corporate rate x dapat.. sedih..

Tengah2 best layan urut, Mizi Ambank call. Suh aku cepat2 sain agreement pasal product pelaburan yg dia offer kat aku ari tu.. Aku actually x nak, tapi demi kawan2.. aku stuju amik gak. Minggu lepas Wan Kamaruddin dah call aku, dia insert 50k for one year.. gilerrr... takper, dia duit banyak. Skang dah naik pangkat kat NTV7, best laa ko.. AKu suh ngejas keje kat situ ko wat lembu kenyang.. Dek kerana Wan K ni lah, Mizi member aku ni dah naik pangkat. Terus kene transfer ke KL.. best nyer org... Dulu masa nko baru2 grad UIA, ko tumpang aku, ko jadik office boy jerk.. rezeki nko Mizi.. bagus laa..

Pas abis massage aku terus book bilik untuk satu malam. Kalau x dapat corporate rate untuk room, gerenti aku ngamuk.. Sib baik.. beres..!! Dapat bilik ngadap padang golf.. Pas mandi tengok org main golf.. ader ker mlm2 main golf.. training jer kot.. Best gak panorama dia.. Tengah2 belek schedule AC call.. tengok jam kul 1 lebih.. Dia ajak ronggeng rokiah lagi.. adusss... I told him aku penat laaa.. Tapi dia cam frust gak.. So, aku ikut laa gi Dungun.. Abis bersosial lam kul 3.30 pagi.. huhuhuh.. rabak giler mata tahan ngantuk.. Terus balik Awana.. tido....

Ari ni keje petang.. meleleh nak bangun.. Masuk terminal hidung dah lain mcm.. asyik bersin.. langsung x selesa.. Aku disyorkan amik MC.. malas aaa... Tahan ajer.. Sampai skang kul 2.10am 04/04/07 hidung aku berair tapi lom selsema.. Bersin dah beratus kali dah.. belum berhenti sampai sekarang.. JM.. Roxy..!! tolong I sayang.. huhuhuhu..

Monday, April 02, 2007

:: Dah Nak Balik ::

Skang tengah tunggu nak balik Kuantan. Tadi 4.45 ke KT aku tak nak amik sebab awal sangat. So, tengah tunggu boarding, aku pre-board kat tenet ni.. hehehehe.. hilang gak tension kejap.. Masih lagi senak perut.. Tak tahu aku silap makan ape.. mlm karang laa kalau sempat gi jumpa Dr. Aisam kadang2 aku panggil dia Dr. Aishah, dia nyer nurse suh panggil.. hikhikhik. My best physician.. mintak aje nak ape.. gerenti bagi..

Takder yg menarik hari, cuma dua kali aku terpaksa tinggikan suare kat mtnc. guy. Always wat keje menyusahkan orang. Lain orang bagi no, lain yg dia isi. Sib baik tak le tension sangat. Kalau tak mahu jer aku AICQ dorang. Tu laa.. wat keje sambil lewa.. kalau kering minyak tengah2 jalan, sapa nak jawab.. adusss... mencik laa mcm ni hari2..

Esok aku masuk keje petang.. waaa.. boleh bangun lewat sket.. malam ni boleh ago go lagi.. Sayang.. tunggu ek.. abang balik.. on HP taw.. huhuhuh..

So, aku pun dah nak slow2 berangkat.. plan nak singgah Awana, boleh massage barang sejam. OK gak.. tengok aa dulu sempat ke tak.. Sapa nak ikut aku gi SPA.. hehehehehe best woo.. ringan badan wa cakap lu..

Sunday, April 01, 2007

:: First Day ::

Hehehehe... actually aku tengah mamai ni.. tadi pagi aku breakfast ngan nasik lemak.. Sedap giler nasik lemak makcik ni.. Bungkus ngan daun pisang, sambal dia fuhh...!!! Minum ais aku pagi2 sebab tak tahan pedas.. tapi fuyyooo best.. Melantak sampau 2 bungkus..

Lepas check out tadi terus cab antar aku ke airport.. Then aku lepak lagi bertenet sambil mata kuyu2 manja.. ngantok siot... Aku nak cari port nak tidor.. Rupa2nya aku smalam cuma tido 3 jam jer... Dia kacau.... huwaaaaaaa......!!

Jap agi aku sambung... aku nak gi lelap jap barang sejam... Ngantuk giler dah ni...!! Kantoi mampus..!!!

continued....
Huh.. 2 jam lebih aku tido rupernyer... heheheheh.. gile betul. Kalau kene tangkap, kompem menjawab. Thanks to Amat, kerana bagi port yg selamat nak lelap. Nanti Mat balik karang aku belanja ko makan tengah hari. Bukan rasuah, sajer atas dasar kawan. hhehehehe..

Skang tengah prepare. Jap agi nak blah.. Malam baru balik. Huh malam agi.. Tapi yg pasti malam ni aku keseorangan. Huhuhuhuuh... sedih...